Pages

Friday 21 December 2012

Petikan dari Harian Metro (tentang Pure Marine Collagen (rumpai laut):-

KOLAGEN PELIHARA KULIT ANJAL

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, KOLAGEN adalah SEJENIS PROTEIN yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35% daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80% struktur kulit terbentuk darinya.

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya.

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel FIBROBLAST akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan KOSMETIK yang TINGGI kandungan KIMIA, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalaman, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya.

Penggunaan MAKANAN kesihatan MENGANDUNGI KOLAGEN dikatakan dapat meLAMBATKAN proses PENUAAN, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan KRIM KOLAGEN pula dikatakan KURANG BERKESAN kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.

No comments:

Post a Comment