Pages

Friday 28 December 2012

Apa itu Kolagen / fungsi / kebaikan

Kolagen ialah:
- Ramuan-terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda
- Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah:
- mengurangkan bilangan kepadatan dan kejelasan kedutan

- memastikan keanjalan kulit
- memberi kesegaran kepada kulit

Fungsi kolagen(Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR)) adalah:
- memberikan struktur kepada badan
- melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan
 

"Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen. Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. 

Ketika usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula manyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30% daripada kolagen semulajadi.

Khasiat kolegan tidak hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga memberi faedah untuk kesihatan diri kerana ia bukan sahaja digunakan dalam PELEMBAB KULIT dan SERUM KECANTIKAN, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan PENGURUSAN BERAT BADAN"

2 comments:

  1. Secara lazimnya, kolagen adalah sangat baik / membantu dalam pemeliharaan tulang. Sangat membantu dalam masalah Osteoporosis

    ReplyDelete
  2. Kepada yang bermasalah sakit-sakit sendi, dan lutut terutamanya is highly recommended untuk amalkan pengambilan Pure Marine Collagen sebagai makanan rutin harian

    ReplyDelete