Pages

Tuesday, 15 January 2013

Good morninggggggg.... awalnya Syira bangun hari ni. Semalam nak blogging tapi boleh pulak tertidur depan PC. Mengantuk sangat lah tu. Hahaha... Tapi...hahh nasib baik sempat jugak siapkan order kawan-kawan kolagen tegar yang lain... ada jugak yang mintak tolong packing tapi kami tetap caj sepaket RM10 (kuning), dan RM12 (ungu)..
 
 Kawan-kawan yang lain apa khabar? Cerita lah sikit pengalaman dan perubahan kamu di sepanjang pengamalan Pure Marine Collagen (Seaweed) ni. Kalau dah nak habis stok tu dan rasa-rasa perlu order lagi call saja Syira ya.

Untuk pembelian Paket (100gm/packet), harga adalah:-
1) Yellow (Gred AA) = RM10/paket
2) Purple (Gred AAA) = RM12/paket

Untuk pembelian Kilo (1000gm/kilo), harga adalah:-
1) Yellow (Gred AA)
a. 1 - 20 kilo = RM36/kilo
b. 21 - 100 kilo ke atas = RM34/kilo

2) Purple (Gred AAA)
a. 1 - 20 kilo = RM38/kilo
b. 21 - 100 kilo ke atas = RM36/kilo


Setiap pembelian:-
1) 2kg + free 100gm
2) 5kg + free 200gm
3) 10kg + free 300gm
4) 15kg + free 400gm
5) 20kg + free 500gm

How to Order:-
1) Text us on a mobile (+60166665632) or email us at mypuremarinecollagen@gmail.com
2) Write how many packet(s) or kilo(s) you would like to order
3) Make a payment. Bank in / transfer to our Maybank account
4) Email us your prove of payment. Notify us your payment made by SMS/text to 0166665632
5) We will process your order and make delivery



Terms & Conditions:-
1) Postage is not including
2) Postage adalah melalui Pos Laju atau Prepaid City Link Service
3) Postage adalah bergantung pada kuantiti pembelian

Monday, 14 January 2013

RM50,000 Hilang Dalam Akaun Bank Lisa Surihani


Syira ingin berkongsi kepada kawan-kawan tegar Pure Marine Collagen. Berhati-hati ketika hendak menulis nombor akaun simpanan anda. Baca lah artikel di bawah ini untuk pengetahuan umum dan kita jadikan teladan agar kita sentiasa beringat. 

Malang memang tidak berbau. Dan yang ini bukan sahaja tak berbau, malah tak akan disedari jika ibu Lisa Surihani tidak cuba mengeluarkan wang pada hari Jumaat lalu. RM50,000 adalah satu jumlah yang sangat besar lebih-lebih lagi kepada rakyat marhaen seperti Abang Nara ini.

Ketika ibu Lisa Surihani membuat semakan baki kira-kira jam 10.30 pagi di Bangi, dia menyedari jumlah baki yang ada berkurangan daripada apa yang sepatutnya.  Pihak bank kemudiannya memberitahu yang kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

  Laporan polis telah pun dilakukan dan siasatan kini sedang dijalankan. Semoga Lisa tabah dengan dugaan ini. Sekarang ini memang macam-macam cara penipuan yang wujud. Diharap pembaca BeautifulNara turut berhati-hati. Masa keluarkan duit, sila perhatikan kiri kanan depan belakang dulu.

Sumber daripada: http://beautifulnara.com/page/2/

 

Grade AA + AAA Raw Pure Marine Collagen (Yellow & Purple Seaweed)

50 kilos Grade AA + AAA Raw Pure Marine Collagen (Yellow & Purple Seaweed) is ready to be delivered to Philippine. Horrayyyyy....




Order to Singapore

Yahoooo.... order to Singapore is done!!!
 
10 kilos Grade AA Raw Pure Marine Collagen is Ready To Be Delivered :D

Grade AA Pure Marine Collagen Ready to be Delivered

Wahhh Finallyyyyyy...siap pun packing order kawan-kawan kolagen yang warna kuning ni.  Weheee... mata pun dah ngantuk.
 Lepas seal then boleh lah off to bed and sweet dream :D

Ready to Deliver

Sudah siap packing order kawan-kawan kolagen. Yeayyy...ready to deliver...

Kawan-kawan tegar kolagen yang lain apa lagi tunggu? Sebelum stok habis. Untuk tempahan awal pun boleh jugak. Kalau plan nak buat order sekarang dan bayar kemudian nanti pun boleh. Barang akan dihantar selepas anda bersedia untuk buat pembayaran.




Sunday, 13 January 2013

Memproses produk rumpai laut

SEBAHAGIAN daripada proses menghasilkan produk carrageenan separa tulen daripada rumpai laut.


MELIHAT kepada pengeluaran dan permintaannya yang begitu tinggi, tentu ada bertanya apakah sebenarnya kegunaan rumpai laut. Secara asasnya, tumbuhan jenis mikroalga yang juga dikenali sebagai agar-agar itu mempunyai kegunaan yang cukup luas terutama dalam industri pembuatan, perubatan dan kosmetik.
Di negara ini, aktiviti memproses dan menghasilkan produk rumpai laut mentah diterajui oleh sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai Tacara Sdn. Bhd.
Ditubuhkan sejak tahun 1997, ketika itu syarikat berkenaan mula menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) mengenai aktiviti pemprosesan rumpai laut kering untuk pasaran eksport.
Beberapa tahun selepas itu, syarikat tersebut terlibat pula dalam penghasilan produk carrageenan separa tulen untuk digunakan sebagai bahan penstabil dan pengimulsi makanan.
Menurut Pengarah Eksekutifnya, Chung Thau Yong, produk carrageenan separa tulen itu dihasilkan dalam bentuk serbuk, gel dan juga cip.
‘‘Semua bahan mentah untuk menghasilkan produk carrageenan separa tulen diperolehi daripada para penternak rumpai laut di kawasan Semporna.
‘‘Produk ini mendapat permintaan tinggi kerana ia sesuai digunakan dalam penghasilan beberapa produk hiliran seperti kosmetik dan bahan makanan.
‘‘Ia biasanya akan dieksport ke negara-negara seperti Eropah, Jepun, Sepanyol dan Perancis,’’ katanya ketika ditemui di kilangnya di Tawau, Sabah baru-baru ini.
Dengan kekuatan tenaga kerja seramai 60 orang, syarikat tersebut mampu mengeluarkan lebih kurang 100 tan produk carrageenan separa tulen berbentuk serbuk dan 35 tan berbentuk cip dalam masa sebulan.
Berbicara mengenai kerjasamanya dengan Sirim Berhad (Sirim), Chung memberitahu, organisasi tersebut telah membantu dari sudut penyediaan teknologi pengeringan.
Berbanding operasi pengeringan konvensional yang menggunakan kulit kelapa sawit dan tempurung sebagai bahan api, teknologi moden itu lebih ringkas dan mudah.
Ini kerana, teknologi tersebut mampu mengekalkan kandungan kelembapan rumpai laut dengan lebih seragam iaitu antara 15 hingga 20 peratus.
Selepas pengeringan, rumpai laut akan menjalani proses stim sebelum dipotong dalam saiz yang lebih kecil dan kemudiannya dikisar mengikut saiz yang dikehendaki.
Syarikat tersebut juga amat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan di mana setiap produk akhir akan menjalani proses pengujian sampel bagi memastikan kandungan kelembapannya tidak melebihi 12 peratus.
Sementara itu, Presiden Sirim, Ir. Yahaya Ahmad pula memberitahu, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan Tacara Sdn. Bhd sejak tahun 2003.
‘‘Sebagai sebuah organisasi teknikal, inisiatif penyediaan mekanisme moden ini bermatlamat memperkembangkan industri rumpai laut selain menjaga kualiti produk akhirnya supaya mengikut standard yang telah ditetapkan sebelum dihantar untuk eksport.
‘‘Dengan jaminan kualiti hasil implementasi teknologi canggih, harga produk-produk rumpai laut ini kini meningkat antara tiga hingga empat kali ganda.
‘‘Untuk projek ini, kita telah menjalankan usaha sama dan menerima dana daripada kerajaan Denmark,’’ jelasnya.
Dalam perkembangan sama, beliau trut memberitahu, ketika ini kumpulan penyelidik Sirim sedang giat menjalankan aktiviti R&D berkaitan potensi tumbuhan alga.
Objektifnya adalah untuk memastikan kualiti produk rumpai laut sentiasa berada di tahap yang konsisten dan mampu menerima pensijilan piawaian standard antarabangsa ISO.
‘‘Dengan adanya pengiktirafan ini, produk-produk berasaskan rumpai laut pastinya akan lebih mudah mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa
‘‘Justeru, kita amat berharap supaya syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini bekerja keras demi memaju dan membangunkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih baik,’’ katanya.
Pada masa akan datang, Sirim bercadang untuk terlibat dalam aktiviti R&D mencari formulasi terbaik bagi pengeluaran produk kosmetik berasaskan rumpai laut.