Sudah siap packing order kawan-kawan kolagen. Yeayyy...ready to deliver...
Kawan-kawan tegar kolagen yang lain apa lagi tunggu? Sebelum stok habis. Untuk tempahan awal pun boleh jugak. Kalau plan nak buat order sekarang dan bayar kemudian nanti pun boleh. Barang akan dihantar selepas anda bersedia untuk buat pembayaran.
Monday, 14 January 2013
Sunday, 13 January 2013
Memproses produk rumpai laut
Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI
|
|
SEBAHAGIAN daripada proses menghasilkan produk carrageenan separa tulen daripada rumpai laut.
|
MELIHAT kepada pengeluaran dan permintaannya yang begitu tinggi, tentu ada bertanya apakah sebenarnya kegunaan rumpai laut. Secara asasnya, tumbuhan jenis mikroalga yang juga dikenali sebagai agar-agar itu mempunyai kegunaan yang cukup luas terutama dalam industri pembuatan, perubatan dan kosmetik.
Di negara ini, aktiviti memproses dan menghasilkan produk rumpai laut mentah diterajui oleh sebuah syarikat tempatan dikenali sebagai Tacara Sdn. Bhd.
Ditubuhkan sejak tahun 1997, ketika itu syarikat berkenaan mula menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) mengenai aktiviti pemprosesan rumpai laut kering untuk pasaran eksport.
Beberapa tahun selepas itu, syarikat tersebut terlibat pula dalam penghasilan produk carrageenan separa tulen untuk digunakan sebagai bahan penstabil dan pengimulsi makanan.
Menurut Pengarah Eksekutifnya, Chung Thau Yong, produk carrageenan separa tulen itu dihasilkan dalam bentuk serbuk, gel dan juga cip.
Semua bahan mentah untuk menghasilkan produk carrageenan separa tulen diperolehi daripada para penternak rumpai laut di kawasan Semporna.
Produk ini mendapat permintaan tinggi kerana ia sesuai digunakan dalam penghasilan beberapa produk hiliran seperti kosmetik dan bahan makanan.
Ia biasanya akan dieksport ke negara-negara seperti Eropah, Jepun, Sepanyol dan Perancis, katanya ketika ditemui di kilangnya di Tawau, Sabah baru-baru ini.
Dengan kekuatan tenaga kerja seramai 60 orang, syarikat tersebut mampu mengeluarkan lebih kurang 100 tan produk carrageenan separa tulen berbentuk serbuk dan 35 tan berbentuk cip dalam masa sebulan.
Berbicara mengenai kerjasamanya dengan Sirim Berhad (Sirim), Chung memberitahu, organisasi tersebut telah membantu dari sudut penyediaan teknologi pengeringan.
Berbanding operasi pengeringan konvensional yang menggunakan kulit kelapa sawit dan tempurung sebagai bahan api, teknologi moden itu lebih ringkas dan mudah.
Ini kerana, teknologi tersebut mampu mengekalkan kandungan kelembapan rumpai laut dengan lebih seragam iaitu antara 15 hingga 20 peratus.
Selepas pengeringan, rumpai laut akan menjalani proses stim sebelum dipotong dalam saiz yang lebih kecil dan kemudiannya dikisar mengikut saiz yang dikehendaki.
Syarikat tersebut juga amat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan di mana setiap produk akhir akan menjalani proses pengujian sampel bagi memastikan kandungan kelembapannya tidak melebihi 12 peratus.
Sementara itu, Presiden Sirim, Ir. Yahaya Ahmad pula memberitahu, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan Tacara Sdn. Bhd sejak tahun 2003.
Sebagai sebuah organisasi teknikal, inisiatif penyediaan mekanisme moden ini bermatlamat memperkembangkan industri rumpai laut selain menjaga kualiti produk akhirnya supaya mengikut standard yang telah ditetapkan sebelum dihantar untuk eksport.
Dengan jaminan kualiti hasil implementasi teknologi canggih, harga produk-produk rumpai laut ini kini meningkat antara tiga hingga empat kali ganda.
Untuk projek ini, kita telah menjalankan usaha sama dan menerima dana daripada kerajaan Denmark, jelasnya.
Dalam perkembangan sama, beliau trut memberitahu, ketika ini kumpulan penyelidik Sirim sedang giat menjalankan aktiviti R&D berkaitan potensi tumbuhan alga.
Objektifnya adalah untuk memastikan kualiti produk rumpai laut sentiasa berada di tahap yang konsisten dan mampu menerima pensijilan piawaian standard antarabangsa ISO.
Dengan adanya pengiktirafan ini, produk-produk berasaskan rumpai laut pastinya akan lebih mudah mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa
Justeru, kita amat berharap supaya syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini bekerja keras demi memaju dan membangunkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih baik, katanya.
Pada masa akan datang, Sirim bercadang untuk terlibat dalam aktiviti R&D mencari formulasi terbaik bagi pengeluaran produk kosmetik berasaskan rumpai laut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0927&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm#ixzz2HqXn8DOh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pure Marine Collagen Postage Calculator
Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana mengira postage rate yang dikenakan berdasarkan kuantiti produk yang ditempah. Link di bawah boleh membantu anda.
http://www.pos.com.my/pos/appl/fast_mail_rate.asp
http://www.pos.com.my/pos/appl/fast_mail_rate.asp
Saturday, 12 January 2013
Sweet Corn with Jelly Collagen
Good Afternoon everyoneeeeeee :D
Have you had your collagen today? Well, Syira sedang menikmati jelly collagen with Sweet Corn...
Have you had your collagen today? Well, Syira sedang menikmati jelly collagen with Sweet Corn...
It taste so00oo Yummyyy...
Simple step. Buy 1 can Sweet Corn, 1 can condensed milk, and few scoops of jelly collagen. Enjoyyy...
Jelly Collagen Perisa Strawberry
Sempat masak Jelly Collagen for family di Sabah. Masak untuk 3 family. 200gm (Grade AA - Yellow) masak harini, besok dah habis. Hehehe...semua ahli family suka makan...dari yang budak kecil hingga yang dewasa suka makan. Makan tidak ingat dunia. Makan Jelly Collagen macam makan nasi. Rabus dengan serbuk puding perisa Strawberry.
New stock fresh from Semporna. As the same quality as what we export to Japan.
New stock fresh from Semporna, Sabah. As the same quality as what we export to Japan.
Pure Marine Collagen (100% Pure) - Grade AAA
Friday, 11 January 2013
Good morning semua :D
Syira ingin memaklumkan kepada semua, mungkin ada yang tertanya-tanya lokasi kami. Kampung halaman Syira berasal daripada Kota Kinabalu Sabah. Namun lokasi Syira adalah di Kuala Lumpur. Penternak-penternak kami membekalkan stok daripada Semporna dan dihantar terus ke cawangan Kuala Lumpur. Jadi, kos postage yang dikenakan kepada pembeli-pembeli daripada Semenanjung Malaysia adalah mudah dan murah.
Syira ingin memaklumkan kepada semua, mungkin ada yang tertanya-tanya lokasi kami. Kampung halaman Syira berasal daripada Kota Kinabalu Sabah. Namun lokasi Syira adalah di Kuala Lumpur. Penternak-penternak kami membekalkan stok daripada Semporna dan dihantar terus ke cawangan Kuala Lumpur. Jadi, kos postage yang dikenakan kepada pembeli-pembeli daripada Semenanjung Malaysia adalah mudah dan murah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

